Kitab Husul al-Rifq bi Usul al-Rizq merupakan sebahagian daripada koleksi emas yang ditulis
oleh seorang ulama agung bernama al-Hafiz Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman al-Suyuti (wafat
911H). Di dalam kitab ini, al-Hafiz Jalal al-Din al-Suyuti telah mengumpulkan sejumlah 34 buah
riwayat yang membincangkan tentang rezeki, adab dan etika meraihnya serta
kaedah-kaedah untuk memanfaatkannya.
Penulis mengambil inisiatif untuk menterjemahkan kitab ini ke dalam Bahasa Malaysia agar
ia dapat memberi manfaat yang lebih luas kepada masyarakat umum. Penulis juga
memberi sedikit komentar dan ulasan terhadap makna yang terkandung dalam
riwayat-riwayat ini agar ia dapat difahami dan dihayati dengan lebih mendalam. Buku ini
diharap memberi kesan yang baik terhadap pembaca dalam soal memahami maksud
sebenar tentang konsep rezeki, sekaligus mengajak para pembaca
menyedari peri pentingnya meraih rezeki dengan cara yang halal lagi
berkat. Selain itu, terdapat juga beberapa anjuran yang boleh
diamalkan ketika berhadapan situasi getir diuji dengan
kesempitan hidup.
Buku ini diharapkan dapat menjadi batu
asas dalam melahirkan masyarakat
yang mempunyai keyakinan bahawa
rezeki kita telah ditetapkan oleh Allah
swt dan ia tidak pernah tersalah
alamat. Yakinlah bahawa rezeki akan
sentiasa mengejar kita sebagaimana maut
mengejar kita. Apabila kita mempunyai
keyakinan sedemikian, maka sudah pasti kita
tidak perlu mengambil apa-apa yang bukan
menjadi hak milik kita. Jika kita diuji dengan
kesempitan hidup, ketahuilah bahawa hanya
Allah swt yang berkuasa meleraikannya.
Inilah keimanan yang kita inginkan. Saat
mehnah membadai, berbekalkan iman
dan keyakinan yang tinggi.
pembaca masih tetap
teguh mengemudi
bahtera kehidupan
berteraskan akidah yang
mapan.

Motivasi Menuju Syurga 50 Kisah Kisah terpilih
RM20.00 RM15.00

132 Langkah Penyucian jiwa
RM30.00 RM25.50
Anak Kunci Menjemput Rezeki
RM43.00 RM36.55
Authors |
mohd Nor Adzhar Ibrahim |
---|---|
Publishers |
Habibain resources |
10 in stock
Description
Reviews (0)
Be the first to review “Anak Kunci Menjemput Rezeki” Cancel reply
Shipping & Delivery


Postage
We partner with Pos Laju for parcel delivery. Then delivery will take 2 - 5 working days to arrive at your doorstep.
Terms & Conditions
- Payment done before 9.00 am (working days) will be processed within the same day.
- Payment done after 9.00 am will be processed on next working day.
- Order will be dispatched from Monday - Friday. Any order received on the weekend will be processed on Monday.
- Tracking number will be provided once dispatched by the courier.
Thank you for shopping with us.
Reviews
There are no reviews yet.