BUKU ASAS PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN & INOVASI – EDISI KEDUA adalah buku panduan untuk guru-guru yang baru ingin bermula menceburkan diri
dalam bidang kajian tindakan dan inovasi. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis dalam bidang kajian tindakan dan inovasi dalam skop pengajaran dan pembelajaran di
sekolah sejak dari tahun 2012. Buku ini juga ditulis dengan menggunakan gaya santai dan bahasa yang mudah untuk difahami. Idea untuk menghasilkan buku ini tercetus
apabila penulis berhadapan dengan guru-guru yang mempunyai masalah untuk memulakan penulisan kerana tidak memahami dengan jelas format dan kaedah sebenar
penulisan laporan kajian tindakan dan inovasi. Buku ini membincangkan elemen-elemen asas yang penting dalam menghasilkan penulisan kajian tindakan dan inovasi
mengikut format yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cikgu Mohd Ridzuan Md Nasir merupakan seorang guru yang bergiat aktif dan berpengalaman dalam bidang kajian tindakan dan inovasi sejak dari tahun 2012. Beliau sering
menerima jemputan dan berkongsi ilmu yang berkaitan dengan kajian tindakan dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran melalui ceramah dan bengkel di sekolah
seluruh Malaysia. Hasil-hasil penulisan kajian tindakan dan inovasi beliau pernah mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Di atas
kejayaan dan pengalaman tersebut, pada tahun 2018 beliau telah dilantik sebagai Jurulatih Utama Kajian Tindakan dan Inovasi oleh eDidik Malaysia dan sebagai Edufluencer oleh
PADU, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2019.
Reviews
There are no reviews yet.