Publisher: Pustaka Kanzun Mahfiyyan
Author: Kamaludin Endol
Publish Year: 2014
Cover Format: Softcover
Total Pages: 101
ISBN: 9789834402310
Languages: Bahasa Malaysia
Buku ini adalah bicara mengenai hipotesis agama Hindu adalah agama terawal dalam siri agama-agama Tauhid purbakala sehinggalah kepada zaman Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassalam.
Apabila Konsep Ketuhanan Allah Yang Maha Esa sebagai pokok iman yang paling utama, difahami secara metafizika dan makrifatullah, unsur-unsur Tauhid dan Tasauf dalam Hinduisme akan jelas kelihatan. Akan jelaslah bahawa konsep-konsep Sanskrit dalam istilah-istilah Sanatara-Dharma, Ketuhanan Brahman, Risyi dan Maharisyi, Upanishad, Moksha, Deepavali, Karma, Hukum Kasta, Atman, Upa Purana, Karma Marga, Jhana Marga, Bhakti Marga, Tatwa, Susila, Yadnya dan lain-lain adalah konsep-konsep Tauhid dan Tasauf yang membawa kepada kefahaman Tauhid tingkat tinggi yang Imam al-Ghazali Radiallahhu Anhu membahagikannya kepada empat tingkat:
• Tingkat Pertama: Ucapan LA ILAAHA ILLAL LAAHU dan hatinya lalai atau memungkiri seperti Tauhid orang-orang munafik
• Tingkat Kedua: Dibenarkan oleh hatinya akan makna lafal seperti umumnya kaum muslimin – iktikad orang awam.
• Tingkat Ketiga: Dipersaksikan dengan jalan kasyaf (terbuka hijab) dengan perantaraan nur kebenaran – makam orang-orang muqarrabin.
• Tingkat Keempat: Tiada dilihatnya pada yang wujud selain Yang Esa –Ihya Ulumiddin Jld. 7 hal.281-282.
Bacalah buku ini untuk mengenali Tasauf dan kemurniannya sebagai inti agama yang terpendam selama ribuan tahun di dalam keberhalaan agama Hindu!
Reviews
There are no reviews yet.