Edisi terkini Kamus Dewan memaparkan;
– Sekitar 82 900 kata masukan (34 578 entri, 24 180 subentri, dan 24 142 frasa entri)
– 5843 kata masukan yang berupa:
1) kata umum
2) Istilah umum pelbagai bidang ilmu
3) Kata serapan Arab
4) Kata Slanga
5) dan 375 kata yang mengalami peluasan makna
– Pengemaskinian ejaan
– Pembaikan takrif, bersesuaian dengan perubahan dan perkembangan yang dialami oleh bahasa Melayu.
Kamus Dewan disusun atas kesedaran bahawa;
“………….memandang kepada perlunya sebuah kamus yang dapat memenuhi kehendak masyarakat masa ini, manakala Bahasa Kebangsaan kita telah meningkat ke peringkat kemajuannya amat pesat….” – Tun Syed Nasir Ismail (1968)
“……betapa perlunya bahasa Melayu mempunyai sebuah kamus moden, lengkap dan yang dapat dipertangginjawabkan dari segi ilmiah, untuk menampung keperluan-keperluan yang lahir dari proses pemodenan bahasa Melayu itu.” – Datuk Haji Hassan Ahmad (1970)
“…. Usaha pembinaan bahasa umumnya dan penyusunan kamus khususnya harus terus-menerus berlangsung agar kata dan istilah baru, konsep dan idea mutakhir terakam untuk tatapan khalayak yang kian prihatin terhadap bahasa dan kebahasaan.” – Dato’ Haji A.Aziz Deraman (1994)
Reviews
There are no reviews yet.