Sepatutnya, tidak perlu saya nyatakan kepada anda bukti-bukti peristiwa dalam sirah yang
menunjukkan ketinggian budi pekerti, ketulusan hati, dan keperimanusiaan Rasulullah
yang tidak terhingga.
Hal ini demikian kerana seorang Muslim yang beriman kepada Allah dan beriman dengan
kenabian Nabi Muhammad, mesti mempelajari sirah Baginda. Tetapi saya sedar dan tuan
puan pun semua tahu, bahawa kebanyakan masyarakat kita sekarang sambil lewa dengan sirah
Nabi dan tidak berusaha untuk mengambil tahu peristiwa-peristiwa yang disebutkan oleh
al-Quran tentang Baginda.
Kita telah disibukkan oleh harta dan, anak pinak kita daripada perkara yang patut kita ambil
tahu. Oleh kerana itu, saya percaya kebanyakan kita berhajat kepada perkongsian tentang
benarnya kalamullah mengenai Rasul-Nya tatkala Dia berfirman:
“Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.”
(Surah al-Qalam 68: 4)
Begitu juga dengan firman:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri
(iaitu Nabi Muhammad), yang sangat mengambil berat tentang sebarang kesusahan yang
ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) dia pula menumpahkan
perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” (Surah al-Taubah 9: 128)
Oleh sebab itu, saya bawakan kepada tuan-puan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan
perbincangan kita supaya bertambah keyakinan kita kepada kalam Allah, supaya makin bertambah
pengetahuan kita tentang dalil-dalil yang membuktikan bahawa Nabi Muhammad telah
dibentuk keperibadiannya oleh Allah, dan setelah itu kita bincangkan berkenaan hikmah perkara
tersebut.
-15%
Nabi Muhammad SAW Dalam Al – Quran
RM20.00 RM17.00
Weight | 0.51 kg |
---|---|
Dimensions | 23 × 16 × 2 cm |
Authors |
Asy-Syahid Dr Muhammad Sa'id Ramadan AL – Buti |
Publishers |
Rabbani Books |
10 in stock
Description
Reviews (0)
Be the first to review “Nabi Muhammad SAW Dalam Al – Quran” Cancel reply
Shipping & Delivery
Postage
We partner with Pos Laju for parcel delivery. Then delivery will take 2 - 5 working days to arrive at your doorstep.
Terms & Conditions
- Payment done before 9.00 am (working days) will be processed within the same day.
- Payment done after 9.00 am will be processed on next working day.
- Order will be dispatched from Monday - Friday. Any order received on the weekend will be processed on Monday.
- Tracking number will be provided once dispatched by the courier.
Thank you for shopping with us.
Related products
Perkara Asas Fardhu Ain
Tajwid Al – Quran Rasm Uthmani
Panduan Solat Fardhu Berserta Solat – Solat Sunat
PERKEMBANGAN MANUSIA MENURUT AL QURAN DAN HADIS
KEBEBASAN WANITA JILID 1
500 Ayat – Ayat Cinta Paling Agung
KEBEBASAN WANITA JILID 4
KEAJAIBAN MUSTAJAB DOA – (Casamas)
RM23.00
Doa adalah kunci pagi dan malam hari. Doa adalah kekuatan terbesar manusia!
Doa hanyalah percakapan dua arah antara kamu dan Tuhan.
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri (tadharu) dan suara yang
lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah
memperbaikinya, dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut akan tidak
diterima dan penuh harapan untuk dikabulkan. Sesungguhnya rahmat Allah
sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik."
Saat berfikir tidak mampu memecahkan masalah, ingatlah bahawa doa yang tulus
ikhlas mampu mengatasinya. Kita boleh saja kecewa dengan apa yang telah
terjadi, tetapi jangan pernah kehilangan harapan untuk masa depan yang lebih
baik.
"Tak ada yang salah dengan doa, namun ketika kau memutuskan berhenti
berdoa, di situlah kesalahannya. Yakin saja, apa yang tak mungkin bagimu, itu
sangat mudah bagi-Nya."
Agar dapat membahagiakan seseorang, isilah tangannya dengan kerja, hatinya
dengan kasih sayang, fikirannya dengan tujuan, ingatannya dengan ilmu yang
bermanfaat, masa depannya dengan harapan. Doa menjadi lebih bererti ketika
kita mencari Tuhan dalam semua tindakan kita, ketika kita mengucapkan terima
kasih yang tulus dan ketika kita berdoa untuk orang lain.
Doa adalah fikiran, keyakinan, perasaan, yang muncul dalam benak orang yang
berdoa. Jika doa bukan sebuah permintaan, setidaknya itu adalah sebuah
pengakuan atas kelemahan diri manusia di hadapan Tuhannya."
"DALAM DOA, LEBIH BAIK MEMILIKI HATI TANPA KATA-KATA
DARIPADA KATA-KATA TANPA HATI."
Reviews
There are no reviews yet.