Sinopsis:
Cinta.
Pada Orkid, cinta itu perasaan yang suci.Menginginkan yang terbaik pada si dia yang dicintai walaupun hatinya sendiri terluka. Dalam diam dia menyukai sahabatnya Adam yang jelas menyukai sahabat mereka, Dr Eve. Kata Orkid, biarlah kalau satu masa apabila Adam dan Eve bersatu hatinya akan terluka, dia rela dan dia masih mahu berharap. Menumpang kasih seorang Adam selagi Adam tak dimiliki walaupun dia sedar, dia seperti pipit yang menginginkan enggang.
‘ Kalaupun hati ini akan terluka, aku rela. ‘ – Orkid
Dalam segitiga cinta antara Orkid, Adam dan Eve, Orkid bertemu Datuk Ir Arman dalam demonstrasi yang dikendalikannya untuk menentang empangan hidro yang bakal dibina oleh syarikat milik Arman. Pertemuan pertama membuatkan Arman tertanya, adakah Orkid bunian di tengah taman. Berbual dengan pokok dan bermain dengan rama – rama ? Pertemuan kali kedua, buatkan hatinya berdegup kencang tatkala anak mata mereka bertaut lama dan pertemuan kali ke tiga terus membawa dia bertemu ahli keluarga Orkid. Namun Arman menyimpan kisah lampau yang ingin dia lupakan. Yang buatkan dia menjauh dari wanita dan pesimis dengan cinta.
Saat itu juga Ramadhan muncul. Teman lama dan jejaka yang ingin dijodohkan dengan Orkid oleh keluarganya di kampung. Pada Ramadhan Orkid adalah wanita pilihan ibunya. Dalam hati, dia simpan satu rahsia yang keluarganya sendiri pun tidak pernah tahu. Tawanya hanya topeng untuk menyimpan gundah di hati. Semuanya untuk seorang ibu yang cukup dia hormati.
Saat hati Orkid benar – benar terluka, mampukah dia mempertahankan cintanya? Dan saat bahagia menjelma, kebahagiaannya diuji lagi.
‘Beritahu Orkid siapa abang sebenarnya?’
Saat hati terluka
Saat jiwa diuji
Siapakah yang kekal menyintai ?
Reviews
There are no reviews yet.