Showing all 5 results

HADIS 40 MEMANDU UMAT SELAMAT DUNIA AKHIRAT – (Casamas)

RM23.00
Hadis ialah bidang ilmu yang wajib dipelajari kerana kepentingannya. dalam syariat Islam. "Hadis" berasal daripada perkataan "hadatha" yang membawa maksud baru dari sudut bahasanya. Secara etimologinya. Hadis menjelaskan, menghuraikan serta menguatkan pengajaran yang disampaikan dalam Al-Quran. Hadis-hadis yang disampaikan melalui khutbah Jumaat mampu mengubah akhlak dan tingkah laku masyarakat dari sudut akidah, ibadah, akhlak dan kehidupan sosial mereka di samping membantu menyelesaikan isu serta permasalahan yang dihadapi. Imam al-Nawawi telah menghimpunkan sebanyak 42 hadis sahih yang sebahagian besarnya terdapat di dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur'an) dan sunnah Nabi-Nya. (HR Malik) (Anas, 1985) "Bersemangatlah atas hal-hal yang bermanfaat bagimu. Minta tolonglah pada Allah, jangan engkau lemah." (HR. Muslim).

KEAJAIBAN MUSTAJAB DOA – (Casamas)

RM23.00
Doa adalah kunci pagi dan malam hari. Doa adalah kekuatan terbesar manusia! Doa hanyalah percakapan dua arah antara kamu dan Tuhan. "Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri (tadharu) dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah memperbaikinya, dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut akan tidak diterima dan penuh harapan untuk dikabulkan. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik." Saat berfikir tidak mampu memecahkan masalah, ingatlah bahawa doa yang tulus ikhlas mampu mengatasinya. Kita boleh saja kecewa dengan apa yang telah terjadi, tetapi jangan pernah kehilangan harapan untuk masa depan yang lebih baik. "Tak ada yang salah dengan doa, namun ketika kau memutuskan berhenti berdoa, di situlah kesalahannya. Yakin saja, apa yang tak mungkin bagimu, itu sangat mudah bagi-Nya." Agar dapat membahagiakan seseorang, isilah tangannya dengan kerja, hatinya dengan kasih sayang, fikirannya dengan tujuan, ingatannya dengan ilmu yang bermanfaat, masa depannya dengan harapan. Doa menjadi lebih bererti ketika kita mencari Tuhan dalam semua tindakan kita, ketika kita mengucapkan terima kasih yang tulus dan ketika kita berdoa untuk orang lain. Doa adalah fikiran, keyakinan, perasaan, yang muncul dalam benak orang yang berdoa. Jika doa bukan sebuah permintaan, setidaknya itu adalah sebuah pengakuan atas kelemahan diri manusia di hadapan Tuhannya." "DALAM DOA, LEBIH BAIK MEMILIKI HATI TANPA KATA-KATA DARIPADA KATA-KATA TANPA HATI."

LUKA ITU SEMALAM – (Casamas)

RM25.00
Terkadang sedih dan luka hati tidak perlu dikongsi kerana ia lebih sesuai di simpan dan kekal rahsia dalam hati. Angin tidak ditiup untuk membuat pokok menari-nari, tetapi menguji untuk menguatkan akar. Bekas parut adalah tanda kekuatan kita.... bukan kerana kita tidak pernah jatuh...tetapi sering berani bangkit dan bersedia untuk terus diuji. Baiki lah hubungan dengan Allah untuk membaiki hati yang terluka. Mulut dicipta di depan agar kita tidak bercakap di belakang. Bila orang mencampak garam...gula kita balas. Bila dendam yang di usahakan.. Doa yang kebahagiaan kita titipkan. Perjuangan yang paling sukar adalah untuk membuang rasa lebih baik dari orang lain. Pasti ada harapan bagi yang sering berdoa dan pasti ada jalan bagi yang sering berusaha. Dalam hidup jangan cari yang sempurna... sebaliknya carilah yang menyempurnakan. Jangan berhenti belajar kerana kehidupan tidak pernah berhenti mengajar Berhentilah mengeluh tentang kehidupan yang tidak anda inginkan. Mulailah menjalani hidup yang anda inginkan. Ingat..! Jika orang lain selalu salah di matamu, mungkin ada yang harus di baiki dalam hatimu. Cari diri anda dan berbahagialah apa adanya anda kerana bahagia harus dirasa dari dalam. JADILAH INSAN YANG BERUBAH UNTUK MENGUBAH

MENYINGKAP MISTERI ASHABUL KAHFI – (Casamas)

RM24.00
MENGUAK RAHSIA ASHABUL KAHFI DI SEBALIK SPEKULASI KRISTIAN Apa yang terfikir di benak anda ketika anda membaca bahawa ada orang yang tinggal di gua selama tiga ratus sembilan tahun. Barangkali mungkin terselip di fikiran anda bahawa hal itu sangat tidak masuk akal dan tidak mungkin terjadi. Namun demikian, itulah kenyataannya. Allah telah menidurkan mereka bertahun-tahun demi menjaganya dari pemerintahan yang zalim. Ashabul Kahfi ini berkisah dari adanya seorang pemimpin di suatu negeri yang bernama Afasus dan dipimpin oleh raja bernama Decyanus. Ia adalah seorang raja yang memerintah pada tahun 249-251 Masehi. Akan tetapi, dalam memimpin suatu negara, Raja Decyanus dikenal sangat kejam, dan berbuat sesuka hati. Satu keajaiban yang membuktikan kekuasaan Allah dan ini adalah sebahagian dari kekuasaan Allah yang jauh lebih hebat dan Maha Hebat yang menguasai seluruh alam ini. Moga kisah ini mendekatkan ketawaan kita pada Allah Subahanahuataala.

TAUFAN AL-AQSA – (Casamas)

RM24.30
Konflik "Taufan Al-Aqsa" merupakan tindakan yang nekad untuk menghadapi penindasan Israel di penjara terbesar dunia. Berapa lama lagi dunia bersedia menanggung kekejaman ini. Nakba mengakibatkan lebih dari 750.000 penduduk Palestine diusir dari bumi sendiri. Intifadah merupakan satu tindak balas terhadap kekejaman yang tidak berkesudahan. Kami menulis untuk Palestina dengan darah-Ghassan Kanafani "Perang itu tidak pernah menjadi jawapan terbaik. Kebencian harus dikendalikan; dengan cinta kerana Tuhan membentuk cinta untuk setiap bangsa, bukan keserakahan atau kekuasaan atau emas." Senyumlah, sesungguhnya Allah SWT memberi kesusahan untuk membalas dengan kebahagiaan. Apa yang Allah SWT ambil dari anda adalah Allah SWT akan memberi pada anda nantiApa yang anda tangisi akan membuat anda tersenyum di suatu hari nanti. Apa yang Allah SWT haramkan adalah untuk memberi kebaikan kepada anda nanti. Hari ini Palestine membalas kekejaman Israel dengan menunjuk- kan kekuatan mereka ada kemampuan untuk menyerang negara haram itu. Walaupun peperangan antara rejim Zionis dan mujahidin Palestine sangat-sangat berat sebelah, tapi serangan dan kekejaman negara itu tetap perlu dibalas Mereka selalu percaya, akan janji Allah. Mereka percaya bahawa Allah akan selalu bersama mereka. Menemani hari-hari mereka. Gemuruh takbir itu akan selalu terdengar di bumi Palestina Tercinta. 'Palestin Pasti Menang'.