Publisher: Crescent News
Author: Thomas Suarez
Terjemahan: Hasnita Shaari
Publish Year: 2025
Cover Format: Softcover
Total Pages: 344
ISBN: 9789674091941
Languages: Bahasa Malaysia
Buku ini adalah sebuah naskhah sejarah yang ditulis untuk mempengaruhi masa kini.
Ia dikarang dengan kepercayaan bahawa apa yang diketahui pada masa lalu boleh
menyumbang ke arah usaha bersama untuk membawa kedamaian kepada seluruh
Palestin, dari sungai ke segara. Sejarah punya kuasa untuk menembusi naratif legap
yang menyembunyikan kebenaran dan mengekalkan ketidakadilan.
Naratif lazim mengenai Israel-Palestin adalah ia satu pertembungan atau
konflik yang rumit, dan pendamaian bagi kedua-dua musuh lama ini adalah sesuatu
yang mustahil. Namun, apa yang diungkapkan sejarah dan realiti yang sedang
berlangsung sebenarnya tidaklah rumit. Kisahnya tentang gerakan nasionalis bangsa,
Zionisme, yang tekad untuk menghumban bangsa Palestin dari tanah tumpah darah
mereka, untuk Zionis.
Sudah tentulah ia bukan sebuah wahyu. Orang Palestin sudah bercakap
mengenainya sejak pertama kali mereka diusir oleh peneroka’ Zionis pada akhir
abad ke-19. Pemerhati luar turut memberi amaran sejak permulaan abad ke-20
lagi. Malah, disaksikan oleh ramai saksi empat mata seperti Moshe Menuhin yang
mencatat apa yang berlaku sejak 1950-an. Perkembangan ilmu pengetahuan yang
semakin meluas pada tahun 1970-an menambah kepada asas dokumentari mengenai
apa yang sepatutnya sudah lama terbukti melalui perilaku Israel. Dalam dua dekad
berikutnya, sejarawan seperti Ilan Pappé meninjau arkib Zionis, lalu melenyapkan
sebarang keraguan yang masih ada bahawa “konflik” itu sebenar-benarnya adalah
satu penjajahan yang dibaluti mitologi yang terperinci.
Reviews
There are no reviews yet.