Buku MODERN ENGLISH GRAMMAR (RINGKASAN TATABAHASA INGGERIS MODEN)
disusun dan diterbitkan khusus untuk memenuhi
permintaan yang menginginkan sebuah buku tatabahasa
Bahasa Inggeris yang cukup ringkas namun memadai bagi
keperluan pelajar dan pengguna.
Meskipun buku ini belum meliputi seluruh
persoalan Bahasa Inggeris Moden, namun
kandungannya mencakupi aspek-aspek terpenting
bahasa ini. Oleh yang demikian para pelajar dan
pengguna yang sudah menguasai apa-apa yang tercantum
dalam buku ini dapatlah dikatakan sudah menguasai aspek-
aspek tatabahasa Bahasa Inggeris yang paling asas.
Penulis mengusahakan penyampaian dengan urutan yang difikirkan
paling logik sesuai dengan kepentingannya masing-masing. Selain itu,
buku ini dilengkapi dengan APPENDIXES yang menyentuh perkara-perkara
yang dirasakan sering diabaikan dalam banyak buku tatabahasa, padahal
sangat penting diperhatikan terutama apabila berhadapan dengan bahasa
tertulis.
Reviews
There are no reviews yet.