Kebanyakkan orang bertukar pekerjaan bukan kerana imbuhan yang lebih baik, tetapi disebabkan oleh bos mereka. Buku ini mempunyai pelbagai proses dan kaedah yang mudah untuk membantu anda menjadi seorang bos yang lebih baik dan memenangi perebutan bakat. ''Good Boss, Better Boss'' adalah buku wajib dibaca oleh pemimpin-pemimpin yang mahu menambahbaik tempat kerja atau diri mereka untuk menjadi bos yang lebih baik.
Model-model kepimpinan dan pengurusan praktikal beserta tip, contoh dan kisah berkaitan cara untuk memimpin pasukan yang mempunyai kepelbagaian dan personaliti yang berbeza di dalam buku ini akan membantu anda mencapai hasil yang lebih baik dan menjadi seorang bos yang lebih baik dalam era pasca COVID masa kini. Buku ini ditujukan kepada sesiapa sahaja yang memimpin orang lain sama ada di dalam organisasi, kerajaan, tentera, NGO atau perniagaan. Sekiranya anda memiliki ahli pasukan yang bekerja secara jarak jauh, anda mungkin akan menyukai model ACCT dan R.E.M.O.T.E yang terdapat di dalam buku ini.
Reviews
There are no reviews yet.